Thursday, 11 August 2016

Surah AlBaqarah (220)



Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 220:
Ringkasan tafsir;
Ayat ini membicarakan tentang harta anak yatim,

Sesungguhnya memakan harta anak yatim itu adalah telah menganiayai pada diri sendiri, dan sesungguhnya mereka itu sebenarnya makan api  masuk kedalam perutnya dan mereka itu akan dihumban kedalam neraka jahanam.
Penjaga anak yatim hendaklah berbuat baik kepada mereka  itu adalah lebih baik dan hendaklah bergaul dengan anak yatim (campur makan minum tempat tinggal) dan saling bantu membantu sebagai saudara seagama.
Oleh itu penjaga anak yatim dilarang menggunakan harta anak yatim itu untuk kepentingan diri, dan adalah lebih baik mengembang harta tersebut supaya berkembang, dan dari hasil keuntungan itu pula dapatlah dibelanjakan kepada anak yatim, dan tidak mengapa jika tercampur* dengan harta keuntungan sendiri. Jadi dengan mengembangkan harta anak yatim itu akan mengekalkan harta itu tidak akan kurang dan cuma menggunakan hasil keuntungan untuk dibelanjakan pada setiap hari pada kadar yang patut kepada anak yatim itu.  
.
 .

* Allah tidak memberatkan kepada umat manusia untuk melaksanakan perintah Nya, agar anak yatim itu terjaga dengan baik dan sempurna.  


[Previous] [Next]
.

Sumber,
Terjemahan Surah 2, Ayat 211~220,
[GS]  
https://t.co/g9bZwHKHDa
Ulasan Surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr   
Pautan
[G+] https://t.co/be1FCVYhxk





.

No comments:

Post a Comment